May 08, 2008

JANGAN MARAH-MARAH~~

Sifat pemarah itu berasal daripadasifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait
syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.
Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna illahi raji'un.". Pernah ditanya
Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut
itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu
hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang
berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu
diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu
jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan
dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu
dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu
hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku
akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais
bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian
itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan
kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau
barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya
dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil
kembali. Kita mesti ubati hati kita.Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita
yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untukmenghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-
tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia
yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan
yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya
marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka
bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian,
seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa
yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan
duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila
kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia
menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap,
memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak
sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil
bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup,
fikir tersentak, angan-angan habis.Orang yg marah adalah laksana gua batu
yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan
menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata
orang2 mukmin

No comments: